11 November 2019 - 17:23
Pengasas Helmet Putih Ditemui Mati

Pengasas kumpulan Helmet Putih di Syria telah ditemui mati di rumahnya di Istanbul, Turki.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pengasas kumpulan Helmet Putih di Syria telah ditemui mati di rumahnya di Istanbul, Turki.

James Le Mesurier yang merupakan bekas Pegawai Tentera Britain baru-baru ini berhadapan dengan kritikan dan persoalan daripada pelbagai pihak berkaitan dengan dakwaan keterlibatannya dengan kumpulan pengganas di Syria.

Pada tiga hari lepas, jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova menggesa Britain untuk menjelaskan peranan Le Mesurier secara terperinci sambil bertanya sama ada dia memiliki hubungan dengan "al-Qaeda".

Zakharova juga menegaskan bahawa fakta bahawa Le Mesurier pernah berkhidmat di dalam badan perisikan antarabangsa United Kingdom (MI6) merupakan sesuatu yang telahpun diketahui umum.

Kumpulan Helmet Putih yang ditubuhkan pada tahun 2014 seringkali dihantui dengan kontroversi. Para penyokong mendakwa bahawa pertubuhan itu merupakan sebuah badan pertahanan awam sedang para pengkritik dan pemerhati tidak berat sebelah mendakwa bahawa kumpulan itu memiliki hubungan dengan beberapa kumpulan pengganas di Syria termasuk al-Qaeda. -ABNA24